Labels: School

Labels: Celebration, New Year
1. Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami:
Isteri : Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?
Suami : Kenapa?
Isteri : Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium isterinya. Bila pulang kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum bunga mawar. Loving betullah mereka. Kenapa abang tak buat macam tu?
Suami : Nak mampus... Mana abang kenal isteri dia?
2. Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau si isteri menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut kepada suaminya.
'Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu atau bersetubuh kan bang kan dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan'.
Kata si suami 'Yerr kerr? Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai untuk bunuh syaitan kan , betul tak sayang' sambil ketawa.
Isteri hanya tersenyum panjang.
Selang dua hari kemudian, si isteri berkata 'Banggg, jom kita bunuh syaitan... bang'.
Si suami tersenyum panjang. Selang dua hari kemudian, si isteri berkata 'Banggg, jom kita bunuh syaitan... bang'. 'Tak pe...tunggulah malam'. Esoknya si isteri berkata 'Banggg, jom kita bunuh syaitan... bang'.
Si suami diam sambil mengangguk lemah. Esoknya si isteri berkata 'Banggg, jom kita bunuh syaitan... '.
Si suami tiba-tiba marah dan berkata ... 'Ayang nie nak bunuh syaitan ke nak bunuh abang?'
3. Nak dijadikan cerita, suatu hari Pak Pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye. Entah macam mana, di tengah perjalanannya tadi dia terjumpa seketul tahi yang masih panas. Tapi dia masih bingung sama ada betul ke benda yang dia jumpa tu seketul tahi. Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, Pak Pandir ambil keputusan untuk mengkaji contoh najis berkenaan. Pak Pandir tengok dengan lebih dekat tahi tersebut, lalu dia berkata,
'Bentuk macam tahi.' Lepas tu dia pegang pulak tahi tu, lalu dia berkata, 'Lembik...macam tahi.' Lepas tu dia ambik sikit tahi tu lalu dia hidu tahi tu, lepas tu dia berkata, 'Bau macam tahi.' Oleh kerana Pak Pandir ni masih ragu-ragu dengan tahi tu lalu dia pun mengambil keputusan untuk menjilat sedikit tahi tersebut. Sebaik sahaja dia menjilat tahi berkenaan dia pun menjerit... 'MEMANG TAHI! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!'
4. Suatu hari sedang Ali minum teh di gerai Mamak yang biasa dikunjunginya, tiba-tiba Mamak gerai tersebut bersorak gembira dan terus datang kepadanya.
Ali : Apa yang suka sangat Mamak ni?
Mamak : Saya bini juga surat India mari.
Ali : Apa dia cakap? Tentu good news....
Mamak: Dalam dia punya surat ada cakap sudah beranak. New baby! Ayo.... saya banyak suka hati la. Saya belanja awak free minum jugak!
Ali : Tahniah! Mamak. Ini kena balik India cepat ni?
Mamak : Ya la, saya sudah tiga tahun tarak balik. Bini pun tadak mari.
Ali : ?????????????
5. Di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua. Kedua burung itu berbeza, yang satu suka bernyanyi dan yang satunya lagi hanya diam saja, datang seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua. Ia berkata kepada si penjual burung.
Pembeli : Berapa harga burung kakak tua ini?
Penjual: Kalau yang suka menyanyi itu RM500, sedangkan yang diam itu RM1000.
Pembeli: Ahhh...?? Kenapa yang suka menyanyi lebih murah dari yang diam.
Penjual: Yaa... memang berbeza, yang berharga RM1000 itu ialah pencipta lagunya.
6. Seorang gadis yang Bahasa Ingerisnya kacau-bilau... suatu hari terlanggar seorang pelancong US ketika berjalan² di The Mall.
Gadis : ' I'm sorry '
Pelancong : ' I'm sorry, too '
Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan oleh pelancong itu. Dia meneka2 dan terus menjawab…
Gadis : ' I'm sorry, three '
Pelancong : ' What are you sorry for? '
Gadis : ' I'm sorry, five '
7. Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya.
'Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, Encik?' tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu. 'Mmmm, tulis saja 'Sayang tidak bertambah tua' di bahagian atas, kemudian sambung dengan 'Sayang cuma bertambah cantik' di bahagian bawah,' kata lelaki itu.
Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu:
'SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH.'
8. Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwin dengan Robert, jejaka pilihannya yang juga adalah jiran dan teman sepermainannya sejak kecil lagi.
Suzy : Ayah, Robert melamar saya. Kami mahu berkahwin.
Ayah : Apa? Tidak boleh! Kamu boleh berkahwin dengan sesiapa saja kecuali Robert.
Suzy : Tapi mengapa?
Ayah : (Separuh berbisik) Kerana Robert sebenarnya adalah abangmu. Tapi, jangan beritahu ibumu ye! Terkejut dengan jawapan itu, Suzy pergi pula kepada ibunya.
Suzy : Ibu, Ayah melarang saya berkahwin dengan Robert.
Ibu : Tak usah dengar cakap ayah kamu tu. Kamu boleh kahwin dengan sesiapa yang kamu suka termasuk Robert.
Suzi : Tapi kata ayah, Robert itu abang saya. Adik beradik kan tak boleh kahwin.
Ibu : (Separuh berbisik) Hmmm... Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan anaknya.
Suzy : Ha!!??!
Labels: E-mails

Labels: M2

Labels: Career Dialogue
Happy
21st
Birthday!
To my beloved best-friend, I wanna wish you a great-memorable-enjoyable- happy birthday. 21, now that you’re officially legal around the world. I hope to give you everything that money can buy but on my second thought, I just wanna give you our friendship that we’ve made for the past decades. The value is priceless. Eventually, I’ll get you something else though as a birthday present. No worries. I hope you will enjoy your birthday and have a blast. We’ll celebrate it on a later date yeah. Hehe. May Allah bless you babe.
Happy Birthday!
Best wishes,
Syahmi
Labels: Bestfriends, Birthday
Labels: Hiatus
Labels: E-mails
Di suatu kawasan pedalaman di Texas, seorang penternak yang mempunyai ladang ternak yang luas dan berjaya telah meninggal dunia dengan meninggalkan seorang balu yang masih muda dan cantik, namanya Janet.
Janet membuat keputusan untuk meneruskan kerjaya suaminya dengan mengambil alih ladang ternakan tersebut, tetapi dia tidak mempunyai kemahiran yang cukup untuk mengendalikan ladangnya. Jadi dia pun membuat keputusan untuk mengiklankan di dalam akhbar untuk mencari seorang pembantu yang akan mengerjakan ladang ternaknya dengan menawarkan gaji dan sebuah bilik di rumahnya sebagai tempat kediaman memandangkan ladang yang dimaksudkan hanya berada di belakang rumahnya.
Selang beberapa hari kemudian ada dua orang pemuda yang memohon pekerjaan tersebut. Seorang gay, dan seorang kaki mabuk.Memandangkan tiada sesiapa lagi yang memohon jawatan tersebut selain dari dua orang pemuda tadi, Janet terpaksa memilih salah seorang dari mereka.
Setelah menimbangkan semasak-masaknya, Janet memilih si gay, bernama John untuk bekerja dengannya, dengan anggapan bahawa dia berasa lebih selamat tinggal bersama seorang gay daripada tinggal dengan seorang pemabuk.
Minggu demi minggu berlalu. John telah melakukan tugasnya dengan penuh tekun dan rajin. John kerap kali menghabiskan waktunya sehingga malam untuk membuat kerja-kerja di ladang ternakan. Ladangnya menjadi semakin berjaya dan ternakan semakin banyak membiak dan sihat-sihat belaka. Gembiralah si Janet ni tadi... kerana ingin menghargai kerajinan si John ni, Janet pun berkata kepada John, "John, kau telah melakukan kerja dengan baik dan ladang ternakan pun kulihat semakin bagus, kau sepatutnya ambil cuti pergi ke pekan berjalan-jalan untuk melegakan tekanan kerja..." Gembiralah John, dan pada suatu malam minggu, dia pun pergi ke pekan.
Sampailah ke tengah malam, John tak pulang-pulang ke rumah. Pukul 1 tak pulang, pukul 2 tak pulang. Pukul 2.30 pagi barulah John pulang kerumah. Sampai ke rumah, didapati Janet sedang menunggunya sambil duduk di sofa berhampiran unggun api.
"Buka butang bajuku dan tanggalkannya." Kata Janet.
John dengan tangan yang terketar-ketar dan perasaan yang terkejut,melakukan apa yang diarahkan.
"Sekarang, buka kasut but ku."
John buat, perlahan sekali.
"Buka, setokin ku.."
Dia buat juga.
"Sekarang, buka skirt ku."
Dia buat juga.
"Sekarang buka coliku."
Dengan tangan yang menggigil, dia buat apa yang disuruh.
"Sekarang....buka seluar dalamku..."
Dengan perlahan, dia melucutkannya ke bawah dan menanggalkannya.
Kemudian, Janet pun memandang John, sambil berkata...
"Sekali lagi kau pergi pekan dengan memakai pakaian aku, aku pecat kau on the spot."
Akekekek...apa yg engkorang pikir haaa?????????
Labels: E-mails

Labels: Words of Wisdom
Labels: Music Video
Labels: Random
Labels: Birthday
Birthday: 240488 ;





